Jumaat, 16 Januari 2015

penantian VS sabar.


Kau tenangkan aku dengan pandangan matamu,
Terima kasih sahabatku,
Tahu hati aku mahu putus asa,
Putus asa tunggu yang ingin ternanti,

Rabu, 14 Januari 2015

dosa seorang muslimah.

"Abi, Laila minta maaf. Sepanjang hidup Laila. Laila banyak buat salah dengan Abi," berciciran air mata Ana.

"Kenapa dengan sayang Abi ni, Laila buat apa. Jangan risau, Abi dah lama maafkan Laila. Ok, jangan lah nangis nangis ni. Tak manis. Laila seorang je anak perempuan Abi," kata kata Abi buat hati Ana sayu sangat. Sayangnya Abi pada Ana.

Sabtu, 10 Januari 2015

usrah : hidayah dalam perubahan.

Ukhti, mari sini ikut kami usrah," tercengang Ana. Baru masuk masjid. Dah dipanggil kawan untuk ikut usrah. Mujur esok tiada paper untuk final exam. Boleh lah luang masa kongsi kongsi dengar masalah dan dengar input input yang berguna dari kakak usrah.

Langkah sahaja Ana masuk dalam bulatan usrah. Mata Ana sibuk mencari. Siapa kakak usrah yang bimbing usrah ni.

Ana tanya, "Anti, siapa jadi kakak usrahnya?"

"Apa Ukhti ni, Ukhti lah kakak usrah kami,"

Terkejut Ana. Dalam usrah tersebut, ahli ahlinya sahabar sahabat Ana, malah ada seorang sahabat Ana yang Ana lebih hormat akan ilmu agama sahabat Ana itu. Menghafal Quran lagi. Ana tersenyum.

"Kenapa Ana, Anti jangan main-main,"

sepupuku dilamar.



Seorang kenalan Ana datang dekat Ana,"Ukhti, Ana dilamar seorang perempuan,".

"Ya Rabbi, Alhamdulillah. Lepas tu bila nak bernikah?"

"Ukhti, Ana tak ready lagi,"

"Kenapa? Anta tak ready?" tanya Ana. Memang suka suki saja tanya macam tu.

"Ana tak ada duit lagi. Ana tak de duit lagi nak kahwin, dengan kata lain, Ana tak mampu lagi. Nanti zaujah Ana nak makan apa?"

Rabu, 26 November 2014

hidayah itu milik ALLAH.


tajuk bosan betul. cliche yang teramat. entri entri macam tu yang selalu orang bosan nak baca. tahniah kerana korang nak juga baca entri ana ni. subhanaallah, mabruk. mabruk!

hidayah. apa itu hidayah? mesti nama kawan-kawan korang yang terlintas dalam fikiran korang. ramai orang nama hidayah ni. kalau yang lelaki hidayat. tak tak. ana tak nak cerita pasal kawan-kawan korang yang nama hidayah ke, hidayat ke. nak kenal tak apa yang dimaksudkan dengan hidayah.

Jumaat, 21 November 2014

Secalit perkenalan.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Pembukanya, kata orang tak kenal maka tak cinta.
Gatal naa, fikir nak bercinta pulak. Tak kenal maka moh la bertaaruf.

Kenapa miss? Kenapa jijieha? Kenapa? Banyaknya kenapa.