Rabu, 26 November 2014

hidayah itu milik ALLAH.


tajuk bosan betul. cliche yang teramat. entri entri macam tu yang selalu orang bosan nak baca. tahniah kerana korang nak juga baca entri ana ni. subhanaallah, mabruk. mabruk!

hidayah. apa itu hidayah? mesti nama kawan-kawan korang yang terlintas dalam fikiran korang. ramai orang nama hidayah ni. kalau yang lelaki hidayat. tak tak. ana tak nak cerita pasal kawan-kawan korang yang nama hidayah ke, hidayat ke. nak kenal tak apa yang dimaksudkan dengan hidayah.

dalam ISLAM, dari segi bahasa nya bermaksud PETUNJUK atau HADIAH manakala dari segi istilah ialah petunjuk ALLAH ke arah kebenaran. Allah SWT menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya agar beriman dan mentaati perintahnya.

Firma Allah:

فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ

Ertinya:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. (Surah Al-An'aam: 125)

dalam ALQURAN pun dah ada sebut tentang HIDAYAH ni. orang sekarang kalau kita perasan, sibuk nak mencari jodoh, sedangkan yang sepatutnya dicari ialah hidayah, bukannya jodoh. sampai ada rancangan cari jodoh, cari pasangan dan macam macam lagi la. semua tu membazir je, yang buat rancangan ni orang melayu, orang islam lagi. sedih tengok ramai orang melayu yang berpikiran macam ni.

nak tahu tak sebab apa kita perlu cari hidayah tu?
- Hidayah datangnya dari Allah dan bukan manusia yang memberi - Fitrah manusia sendiri yang ingin kepada perkara yang baik dan benar, ia bertepatan dengan konsep hidayah yang diberi oleh Allah ·- Hidayah mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik dan lebih beriman kepada Allah ·- Hidayah Allah boleh menjauhkan sesorang dari melakukan dosa.

subhanallah. itu antara sebab kita semua kena cari hidayah tu. janganlah bazirkan usia kita mencari apa yang tak pasti. berpeganglah pada landasan yang betul. Allah akan bantu korang. percayalah.

rasa sedih tengok kawan-kawan ana sendiri, bagai nak rak bercinta. pegang-pegang, tapi tak serious pun. lepas tu putus macam tu sahaja. bazirnya hidup kalian. membazir. sangat membazir. bila ditegur, kita tiada hak lah katanya dalam menentukan hidup mereka. bukan nak tentukan hidup korang, tapi nak ingatkan korang. tahu apa yang korang buat ni tak ada faedah pun. membazir. sudahlah awak bercinta, pelajaran entah kemana. akhlak makin menurun. kesian mak ayah korang.

dah kenapa masuk hal ni pula. bukan apa, sebab ni ada kena mengena dengan tajuk hidayah yang ana cerita ni. kawan-kawan sibuk nak cari cinta yang hingga kesyurga lah. hingga ke jinjang pelaminlah. stoplah. berhenti jom dari buat perkara yang sia-sia. dekatkan diri dengan Allah. solat lima waktu + solat sunat, buat ibadah sunat. muhasabah diri tu balik. berapa banyak dosa dah kita buat. kalau kita cari cinta Allah SWT dahulu, Allah akan balas balik cinta yang kita beri kepada Allah tu melalui pasangan kita yang juga mencintai kita kerana Allah. bukan kerana nafsu, wang dan sebagainya.

nauzubillahminzalik.

sekian, penyampaian ini kerana dakwah, mujahadah itu pahit. kerna syurga itu indah.
Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan