Jumaat, 21 November 2014

Secalit perkenalan.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Pembukanya, kata orang tak kenal maka tak cinta.
Gatal naa, fikir nak bercinta pulak. Tak kenal maka moh la bertaaruf.

Kenapa miss? Kenapa jijieha? Kenapa? Banyaknya kenapa.


Ana seorang gadis belasan tahun. Yes, masih lagi belasan tahun. Umur tak cecah puluhan lagi. Seorang mahasiswi di sebuah kolej islam. Menuntut didalam subjek majornya KAUNSELING ISLAMI. Ana seorang je gadis didalam family. Diapit abang dan adik lelaki.

Nama sebenar, Puteri Najihah Ezzati binti Hisham. Keturunan raja ke? Entahlah, ana sendiri confius dengan gelaran PUTERI di hadapan nama ana. Bagi ana, itu tak memainkan apa-apa peranan pun dalam kehidupan kita seharian. Betul tak? Nama ayah ana memang no title engku, tengku, putera atau megat sekali. Kerana ana dan adik beradik ana dapat title putera puteri sebab nama ibu ana ada Ku dihapannya.

Ana letak miss sebab ana tak kahwin lagi. Nak tahu status ana? Biarlah rahsia. Ceh, tak payah nak rahsia. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada, redha. Pasrah. Jaga hati masa muda ni. Kita pun tak cukup lagi cintakan Allah, Rasulullah, ibu ayah kita, adik beradik kita, kawan-kawan kita, ni dah nak bercinta. Kalau dah bersedia dan mampu, kahwin terus. Kan senang. Halal lagi.

Mempunyai speciality yang sangat special kot. 
1. Suara serak basah. (Macam ella gitu, memang nak jadi penyanyi tapi tak lepas audition)
2. Warna kegemaran akan berubah pada setiap tahun. Tahun ni warna kuning.
3. Seorang yang suka straight to the point. When ana say, ana benci sesuatu perkara, ana bencilah.
4. Senang jatuh hati pada seseorang, dan senang bencikan seseorang. If you all semua tak nak dibenci, buatlah ana jatuh hati kepada korang.

Nak story sikit, ada ilham nak kongsi dakwah ana ni, nak kongsi pendapat ana ni sebab ana memang seorang yang kaki ngadap internet, Alhamdulillah. Setakat ni tak adalah sebab internet ni, ana tak solat, ana tak pergi kelas, ana tak luangkan masa dengan kawan kawan dan ibu ayah ana. Alhamdulillah.

Tidak beberapa aktif melakukan jualan online. Mungkin sebab status sedang belajar kan. Sibuk kalah perdana menteri. Sejujurnya. Jual apa? Jual barang kecantikan, skirt, palazzo and others. Ana memang tak aktif jual ni. Tapi kalau tengok ibu ana, pergh! Kalah ana. Memang as busy as bee lah.

And ana seorang bayi islam yang dilahirkan pada 04 Novermber 199_ . Dont worry. Ana still lahir dalam 90-an ya! Entri entri ana, korang semua boleh lihat. Saya bukan meraih followers, friends atau pengikut comel sekalipun. Saya cuma mahu kongsi dakwah, ilmu dan pendapat. Kerna syurga itu Indah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan