Sabtu, 10 Januari 2015

sepupuku dilamar.



Seorang kenalan Ana datang dekat Ana,"Ukhti, Ana dilamar seorang perempuan,".

"Ya Rabbi, Alhamdulillah. Lepas tu bila nak bernikah?"

"Ukhti, Ana tak ready lagi,"

"Kenapa? Anta tak ready?" tanya Ana. Memang suka suki saja tanya macam tu.

"Ana tak ada duit lagi. Ana tak de duit lagi nak kahwin, dengan kata lain, Ana tak mampu lagi. Nanti zaujah Ana nak makan apa?"


"Anta, dengar ni Ukhti nak cakap, Anta tahu apa itu nikah gantung, memang ya itu adat orang melayu, kalau masih tak boleh nak tanggung anak perempuan orang, tak boleh duduk sekali lagi. Anta jangan risau. Semua itu adat, Anta. Adat je Anta. Perempuan yang melamar Anta tu pun dah langgar adat. Tapi dia tak berdosa selagi dia tak langgar syariat islam, Anta. Anta percaya Ukhti, bila Anta dah kahwin, in shaa Allah permudahkan rezeki Anta dengan zaujah Anta, ok. Lagi satu, selagi Anta nak tunggu Anta mampu, sampai bila mahu tangguh perkara yang baik?"

Terdiam kenalan Ana. Lama juga dia menyusun kata.

"Ana tak kenal lagi dengan perempuan yang lamar Ana tu,"

"Anta dengar ni, bila Anta dah sedia nak terima, Anta buat syarat atau ujian. In shaa Allah, Allah SWT permudahkan segalanya. Percaya Ukhti ok. Lepas tengok perempuan tu macam mana, kenal dia serba sedikit, selidik bakal zaujah Anta tu yang macam mana, lepas tu Anta buat solat istikharah, doa dekat Allah. Moga Allah permudahkan segalanya jika benar perempuan yang lamar Anta tu jodoh Anta," Ana lihat wajah suram kenalan Ana tu. Ya dia sepupu Ana, Ana percaya dia seorang lelaki yang kuat. Anak bongsu lelaki yang tabah. Tabah dari kecil lagi. Ana percaya.

"Ukhti, terima kasih, Ana akan cuba apa yang Ukhti cadangkan tu, betul tu. In shaa Allah, Allah permudahkan segalanya,"

Lega Ana bila sepupu Ana bagi respon begitu. Ana bangga dengan dia. Mesti perempuan yang melamar dia juga hebat, berani dan inshaaAllah solehah. Kalau tak berani, masakan berani sungguh dia melamar seorang yang baik macam sepupu Ana. In Shaa Allah. Allah SWT permudahkan. Doa pada Allah. Mohon pada sujud tahajudd, istikharah, hajat dan juga taubat. Ana percaya sepupu Ana akan dapat kebahagiaan yang sebenarnya bila berumahtangga. Moga Allah permudahkan segala rezekinya. Allahuma Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan