Sabtu, 10 Januari 2015

usrah : hidayah dalam perubahan.

Ukhti, mari sini ikut kami usrah," tercengang Ana. Baru masuk masjid. Dah dipanggil kawan untuk ikut usrah. Mujur esok tiada paper untuk final exam. Boleh lah luang masa kongsi kongsi dengar masalah dan dengar input input yang berguna dari kakak usrah.

Langkah sahaja Ana masuk dalam bulatan usrah. Mata Ana sibuk mencari. Siapa kakak usrah yang bimbing usrah ni.

Ana tanya, "Anti, siapa jadi kakak usrahnya?"

"Apa Ukhti ni, Ukhti lah kakak usrah kami,"

Terkejut Ana. Dalam usrah tersebut, ahli ahlinya sahabar sahabat Ana, malah ada seorang sahabat Ana yang Ana lebih hormat akan ilmu agama sahabat Ana itu. Menghafal Quran lagi. Ana tersenyum.

"Kenapa Ana, Anti jangan main-main,"




"Apa yang main main nya ukhti, betullah, kami pilih ukhti jadi kakak usrah kami pada malam ini. Tajuknya kami dah pilih. Hidayah dalam perubahan. Perlukah hidayah dalam perubahan? Kita minta ukhti kupaskan sedikit,"

Ya Rabbi. Terkejut Ana. Sudahlah dipanggil mengejut. Terus diberi tajuk. Dan minta terus diberi apa yang Ana tahu berkenaan tajuk usrah tersebut.

Kerah otak. Kerah ilmu. Kerah pengalaman. Apa nak cerita pasal ni. Sudahlah tidak bersedia.

"Ukhti, boleh kan kongsi apa yang ukhti nak ceritakan," tanya sahabat Ana.

"Ah... ah... boleh boleh... In shaa Allah, sahabat,"

Apa yang Ana nak kongsi ini. Ana pun satu, sudah tahu tak ada point nak kongsi. Pergi iyakan kenapa.

"Ukhti, Ana tahu, Anti blank kan,"

Tepat sekali tekaan sahabat Ana.

Ana blank.

"Macam ni lah Ukhti, Ukhti kisah tak kalau Ukhti cerita pasal perubahan Ukhti?"

Soalan sahabat Ana. Betul betul buat Ana ingat kisah silam Ana.

"Ana boleh cerita. Tapi Antum semua janji untuk simpan rahsia tentang kisah silam Ana?"

"IN SHAA ALLAH.  Kami janji tak akan pecahkan rahsia ukhti," kata salah seorang sahabat Ana.

"Pendapat Ana ya, berkenaan dengan tajuk yang Anti bagi tadi kan. Hidayah dalam perubahan. Ya, Hidayah sangat diperlukan dalam perubahan. Once dia datang, indahnya rasa. In shaa Allah senang kita nak berubah,"

"Maksud Ukhti? Kita kena tunggu dia datang ke?" Tanya salah seorang ahli usrah itu. Bukan sahabat Ana yang terlalu Ana kenal. Tapi Ana jawab pertanyaannya.

"Tak, hidayah kita kena cari. Ya Rabbi. Perasan tak orang sekarang semua duk cari jodoh. Tapi tak nak cari hidayah? Itulah. Sepatutnye. Jodoh kita tunggu ia sampai, tapi hidayah tu perlu kita cari," Lancar Ana kata apa pendapat Ana selama ni terbuku dalam hati. Setakat luah pada ahli usrah sudah lega rasanya.

Sambung Ana lagi, "Ana datang dari sekolah agama. Tetapi perangai Ana tak serupa macam Ana budak sekolah agama. Yang jahat lah Ana, yang nakallah Ana. Tapi Alhamdulillah. Ana tak couple couple ni. Tapi kalau jaga line clear atau tak. Ana lah tu, bantu kawan Ana buat maksiat. Ya Rabbi. Malunya Ana nak cerita. Tak apalah. Ana harap antum semua simpan rahsia Ana sebab Ana percaya Antum semua,"

"In shaa Allah" jawab sahabat Ana. Ana tersenyum.

"Dulu Ana pakai tudung labuh sebab Ana sekolah agama. Kalau didalam sekolah tak pakai handsock, dekat luar, lagilah tidak. Stokin Ana pakai cuma peraturan sekolah. Kalau tak, tidaklah Ana pakai. Sampai lah Ana habis sekolah dekat sekolah agama Ana tu. Ana pergi PLKN, dekat PLKN Ana bercampur dengan semua jenis manusia. Yang baik tahap dewa, yang jahat tahap paling jahat pun ada lah. Baru Ana sedar. Memang Ana tak cari hidayah tu. Tapi Ana dapat kesedaran tu. Mula mula memang tak ikhlas. Pakai tudung masuk dalam kan diPLKN. Itu memang tak boleh nak dilawan. Undang undang manusia telah tetapkan. Itulah. Sekarang ni. Kita kita ni lebih takutkan undang undang manusia daripada peraturan Allah. Ya Rabbi," Ana beristighfar.

"Ana sambung semula, lepas PLKN Ana kena terima bersedia terima keputusan SPM Ana. Rezeki bukan pada Ana, cuma Ana bersyukur. Apa yang Allah beri pada Ana, bila result SPM pun 50-50 je. Memang tak lah layak nak masuk universiti bagus bagus. UPU Ana minta subjek engineering. Ya Rabbi. Kimia pun ki'ok. Nak amik engineering. Haha. Dan sampailah Ana dekat sini sekarang dengan paksaan ibu Ana. Masuk sini, timba ilmu. Ilmu yang berguna untuk dunia dan akhirat. Bencinya Ana pada tempat belajar ini. Tapi bila satu hari ni, Ana rasa tenang. Tenang bila solat dekat masjid. Ana rasa dah tiba masanya Ana ubah segalanya. Takkan Ana nak jahil selama lamanya. Hidup di dunia ni. Kita mahu capai redha Allah. Bukan redha manusia. Ya, Ana didedahkan dengan pelbagai ilmu agama yang buat Ana sedar. Ana cari ilmu. Cari usrah. Baca buku buku ilmiah. Sampai lah Ana jadi macam sekarang. Dan satu Ana nak pesan. Bila kita rasa nak cari jodoh atau pasangan atau kekasih. Lupuskan niat tu dulu. Dapatkan manisnya cinta Allah dahulu. In shaa Allah, Allah permudahkan segala urusan kita. Urusan jodoh, urusan belajar, urusan family. Segalanya lah. Hidup kita nak capai redha Allah. Jangan takut dengan undang-undang manusia yang suruh kita buat sesuatu sampai kita berdosa. Tapi takut dengan Allah. Ok?" Ana tarik nafas lega. Selesai perkongsian Ana. Ana lihat ada sahabat Ana yang tersenyum dengan cerita Ana. Ada yang muram, mungkin penceritaan Ana buat mereka sedikit terasa.

"Wah ukhti, bagus cerita ukhti. Anti buat Ana lebih bersemangat untuk berubah. InshaaAllah. Semoga Allah permudahkan segalanya,"

"InshaaAllah anti. Ana doakan yang terbaik untuk Anti," selesai usrah. Hati Ana tenang kerna Ana dah berjaya sedikit sebanyak sedarkan sahabat sahabat Ana. Sedikit sebanyak dapat juga merapatkan hubungan. Alhamdulillah. Semoga persahabatan kita satu usrah terjalin hingga ke syurga. In shaa Allah Aamiin.

1 ulasan: