Rabu, 14 Januari 2015

dosa seorang muslimah.

"Abi, Laila minta maaf. Sepanjang hidup Laila. Laila banyak buat salah dengan Abi," berciciran air mata Ana.

"Kenapa dengan sayang Abi ni, Laila buat apa. Jangan risau, Abi dah lama maafkan Laila. Ok, jangan lah nangis nangis ni. Tak manis. Laila seorang je anak perempuan Abi," kata kata Abi buat hati Ana sayu sangat. Sayangnya Abi pada Ana.


"Selama ni, Laila rasa Laila selalu berkasar dengan Abi. Laila tak dengar cakap Abi, Laila tak nak ikut apa yang Abi cakap, Laila rasa berdosa sangat,"

"La Tahzan Ya anak Abi. Tak apa, Abi paham. Anak anak semuanya dalam proses hendak membesar. Egonya makin kuat. Kedegilannya menjadi jadi. Bukan Laila je. Along, angah, alang, adik, semua macam tu,"

Ana tertunduk sepanjang Abi ana luahkan kata katanya.

"Abi, Laila minta ampun ya,"

"Ya, Abi ampunkan. Tapi Abi nak pesan. Jaga diri. Laila seorang sahaja anak perempuan Abi. Jadi jangan buat Abi terseksa dekat akhirat sana sebab Abi tak mampu didik anak Abi yang seorang perempuan ni. Jaga diri tu. Jaga iman. Jaga hati. Kalau dah tiba masa Laila dah ready nak jadi isteri orang, minta pada Abi. Jangan malu. Buat apa nak malu minta perkara baik," pesanan Abi buat ana betul betul tersedar. Selama ini Ana tak fikir umi abi ana bila keluar rumah. Bila belajar pun hanya kerana mahu dapat dekan, mahu berjaya dalam exam. Tak pernah ana niatkan belajar untuk Allah, juga niatkan belajar untuk balas jasa umi abi.

Sekarang ada kesedaran dalam hati Ana. Biar sedikit. Lama lama boleh dipupuk jadi ikhlas. In shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan